GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBERHENTIAN PEKERJA MAJIKAN (JTKSM)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBERHENTIAN PEKERJA MAJIKAN (JTKSM)

LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL OLEH MAJIKAN UNTUK MENGELAKKAN PEMBERHENTIAN PEKERJA

TATACARA KEHARMONIAN PERUSAHAAN

  1. Membekukan pengambilan pekerja baru kecuali bagi bidang-bidang yang kritikal;
  1. Menghadkan kerja lebih masa;
  1. Menghadkan kerja pada hari rehat mingguan dan cuti am;
  1. Mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja giliran;
  1. Mengurangkan waktu kerja harian;
  1. Mengadakan program latihan semula kepada pekerja;
  1. mengenal pasti kerja-kerja alternatif dan pertukaran ke bahagian/kerja lain di dalam syarikat yang sama;
  1. Melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off) misalnya dalam bentuk penutupan sementara (temporary shut down) dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula. Jika majikan melaksanakan pemberhentian sementara, maklumat tempoh pemberhentian sementara tersebut hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja(JTK) untuk tujuan pemantauan sama ada pekerja tersebut diambil semula bekerja atau ditawarkan Pemberhentian Secara Sukarela atau pemberhentian tetap pada masa-masa hadapan; dan
  1. Mengurangkan gaji pekerja yang dibuat secara adil di semua peringkat adalah langkah terakhir selepas langkah-langkah penjimatan kos lain sudah dilaksanakan. 
  1. Kenalpasti kekosongan jawatan di syarikat-syarikat lain untuk ditawarkan kepada pekerja yang akan diberhentikan.

Langkah-langkah di butiran 7,8,9 hendaklah dilaksanakan dengan persetujuan bertulis  daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN JIKA PEMBERHENTIAN PEKERJA TERPAKSA DILAKUKAN 

Majikan hendaklah melaksanakan tindakan-tindakan seperti berikut:-

  1. Mengadakan perbincangan dengan pekerja-pekerja atau Kesatuan Sekerja yang mewakili mereka secepat mungkin mengenai pemberhentian pekerja yang akan dilakukan;
  1. Menawarkan skim pemberhentian/persaraan secara sukarela dengan kadar bayaran pampasan yang munasabah;
  1. Membayar pampasan atau faedah penamatan kerja kepada pekerja yang layak;
  1. Menamatkan kontrak perkhidmatan pekerja yang telah melebihi umur persaraan;
  1. Memberi notis penamatan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955 seperti berikut;
  • 4 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama kurang daripada 2 tahun;
  • 6 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau
  • 8 minggu notis jika pekerja telah bekerja lebih daripada 5 tahun. ATAU
  • mengikut tempoh notis penamatan yang dinyatakan dalam kontrak

perkhidmatan yang mana lebih baik.

  1. membantu pekerja-pekerja mencari kerja di tempat pekerjaan lain sebelum pemberhentian dilakukan;
  1. melaksanakan pemberhentian pekerja secara berperingkat dalam tempoh yang lebih panjang;
  1. melaksanakan prinsip ‘FWFO’ (Foreign Worker – First Out) dalam kategori pekerjaan yang sama, iaitu memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu; dan
  1. melaksanakan prinsip ‘LIFO’ (Last – In – First – Out) sekiranya pemberhentian hanya melibatkan pekerja tempatan dalam kategori pekerjaan yang sama iaitu memberhentikan pekerja mengikut tempoh perkhidmatan di mana pekerja yang baru berkhidmat ditamatkan terlebih dahulu.

Majikan juga boleh melaksanakan pemberhentian pekerja berdasarkan kriteria-kriteria tertntu setelah berunding dan mencapai persetujuan dari pihak pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka. 

LAPORAN KEPADA JTK

  1. Majikan dikehendaki mengisi Borang Pemberhentian (Borang PK ) dan melaporkan kepada JTK yang terdekat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mengambil mana-mana tindakan berikut:-
  • Pemberhentian Pekerja (Rentrenchment);
  • Pemberhentian Pekerja Secara Sukarela (Voluntary Separation);
  • Pemberhentian Kerja Sementara (Lay- Off); atau
  • Pengurangan Gaji Pekerja (Pay-Cut).
  1. Borang Pemberhentian(PK) boleh diperolehi secara percuma dari mana-mana Pejabat Tenaga Kerja dan boleh dimuat turun dari Laman Web berikut:
  • Jab. Tenaga Kerja Sem. Malaysia: http://jtksm.mohr.gov.my.
  • Jabatan Tenaga Kerja Sabah: http://jtksbh.mohr.gov.my
  • Jabatan Tenaga Kerja Sarawak: http://jtkswk.mohr.gov.my
  1. Majikan yang gagal melaporkan kepada JTK telah melakukan Kesalahan mengikit Seksyen 63 Akta Kerja 1955 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi dari RM10,000.00 bagi setiap kesalahan.
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE COMMENT