GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBERHENTIAN PEKERJA (JTKSM)(PEKERJA)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBERHENTIAN PEKERJA (JTKSM)(PEKERJA)

Pekerja yang diberhentikan adalah layak kepada faedah- faedah penamatan kerja minimum sekiranya mereka dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Akta Perhubungan Perusahaan 1967 atau Perjanjian Bersama. 

  • Akta Kerja 1955 / Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) / Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)

Pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan terlibat dengan pemberhentian adalah layak untuk menuntut faedah-faedah statutori berikut:

  1. Gaji Ganti Notis 

Pekerja yang diberhentikan kerja tanpa diberi tempoh notis penamatan perkhidmatan yang mencukupi, boleh menuntut bayaran gaji ganti notis (indemniti). Gaji ganti notis hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari terakhir kontrak perkhidmatan ditamatkan.

  1. Faedah Penamatan Kerja 

Pembayaran faedah pemberhentian kerja hendaklah mengikut ketetapan di dalam kontrak perkhidmatan, tetapi tidak boleh kurang daripada kadar minimum yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, Akta Kerja 1955 / Kaedah-kaedah Buruh (Sabah) (Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara ) 2008 / Kaedah-kaedah Buruh (Sarawak) (Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara ) 2008 iaitu:-

  • 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat melebihi 12 bulan tetapi kurang daripada 2 tahun;
  • 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau
  • 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun atau lebih.
  • dan dikira pro-rata bagi tempoh perkhidmatan yang tidak genap setahun, mengikut genap bulan yang hampir sekali.

Formula pengiraan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Gaji 12 bulan x Tempoh Perkhidmatan x     Kelayakan

   365 Hari (Bil. Tahun Berkhidmat) (10/15/20 hari)

  1. Pekerja berhak mendapatkan butir-butir bertulis tentang amaun jumlah faedah penamatan dan cara kiraan dibuat. Faedah penamatan kerja hendaklah dibayar selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh pekerja ditamatkan perkhidmatan.
  2. Bayaran sebagai ganti baki cuti tahunan, sekiranya ada.
  1. Pekerja-pekerja yang terlibat dengan pemberhentian boleh merujuk kepada JTK yang berhampiran untuk maklumat lanjut.
  • Akta Perhubungan Perusahaan 1967
  1. Jika pekerja yang terlibat dengan pemberhentian merupakan ahli kesatuan sekerja dan menandatangani Perjanjian Bersama, pekerja tersebut layak kepada perkara-perkara berikut:
  • Pampasan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian Bersama; atau
  • Pemulihan Kerja di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan tindakan pemberhentian yang dilakukan oleh majikannya.
  1. Pekerja-pekerja yang tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh (Sabah Bab67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab76) atau Perjanjian Bersama, mereka tertakluk kepada terma dan syarat di bawah kontrak perkhidmatan atau budi bicara majikan berhubung jumlah pampasan yang akan diterima.
  1. Pekerja bolehlah mendapatkan khidmat nasihat selanjutnya dari Jabatan Perhubungan Perusahaan yang berhampiran dengan tempat kerja.

PERANAN PEKERJA YANG DIBERHENTIKAN KERJA 

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pekerja yang diberhentikan adalah:

  • Lapor cadangan atau tindakan pemberhentian yang akan atau telah diambil oleh majikan mereka kepada JTK yang berdekatan.
  • Berdaftar dengan JTK yang berdekatan sama ada secara hadir sendiri dengan membawa bersama kad pengenalan, sijil-sijil dan dokumen lain yang berkaitan atau secara talian terus (online) di dalam portal pekerjaan JTK di alamat www.jobsmalaysia.gov.my.
  • Dibayar pampasan atau faedah penamatan kerja bagi mereka yang layak
  • Lapor kepada JTK yang berdekatan sekiranya mereka telah memperolehi pekerjaan baru
  • Mendaftar untuk mendapatkan latihan kemahiran di institusi-institusi yang bersesuaian.
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE COMMENT